Tsai Ing-Wen kekal Presiden selepas menang pilihan raya Taiwan

Agensi
Januari 11, 2020 21:47 MYT
Kejayaan besar yang dilakar oleh Ing-Wen menerusi Pilihan Raya kali ini dilihat memberi kesan mendalam dan memberi tekanan kepada Beijing. - Reuters
Presiden Taiwan, Tsai Ing-Wen secara rasmi telah memenangi pemilihan semula dalam pilihan raya Taiwan yang diadakan pada Sabtu.
Bersaksikan jutaan warga negara tersebut keluar mengundi untuk memilih Presiden dan Parlimen baharu, Ing-wen yang mewakili parti memerintah, Parti Progresif Demokratik (DPP) menang mudah selepas mendahului dengan lebih dua juta undian.
Beliau meraih undian majoriti selepas 86 peratus pengiraan undi sekali gus mengalahkan pihak lawannya Han Kuo-Yu dari parti pembangkang utama, Kuomintang (KMT) dan James Soong, pengerusi Parti People First (PFP).
Kejayaan besar yang dilakar oleh Ing-Wen dilihat memberi kesan mendalam dan memberi tekanan kepada Beijing.
BACA: Pilihan Raya Taiwan: Isu autonomi, protes Hong Kong dijangka jadi penentu
BACA: Protes Hong Kong yakinkan rakyat Taiwan sokong Ing-wen
Untuk rekod, Ing-Wen pernah memenangi dalam Pilihan Raya Presiden 2016, dengan mendapat 56.12 peratus undi berbanding Eric Chu dari KMT yang berkuasa ketika itu, hanya memperoleh 31.04 peratus
#Parlimen #pilihan raya #presiden #Presiden Taiwan #Taiwan #Tsai Ing-Wen
;