Trump 'U-turn', pasukan khas COVID-19 teruskan tugas namun fokus berbeza

Astro Awani
Mei 7, 2020 09:00 MYT
Trump membuat 'pusingan U' untuk membubarkan pasukan petugas khas COVID-19. -Gambar fail
Presiden Donald Trump membuat 'pusingan U' untuk membubarkan pasukan petugas khas COVID-19, pada Rabu.
Ia sehari selepas pentabiran White House mencadangkan agar pasukan petugas khas COVID-19 akan dibubarkan ketika Hari Peringatan.
Namun Trump berkata petugas yang dibarisi oleh pakar dan pegawai tinggi kerajaan akan meneruskan tugas mereka.
Namun fokusnya akan beralih kepada pembukaan semula ekonomi dan pembangunan vaksin.
Menurut Trump, beliau berfikir mahu menamatkan petugas khas COVID-19 namun tidak menyangka pasukan itu sangat popular.
Seorang pegawai di White House mengakui isyarat untuk menamatkan tugas pasukan itu memberikan mesej yang salah kepada media.
Walaupun petugas khas COVID-19 jarang bermesyuarat, namun para pakar perubatannya seperti Dr Anthony Fauci dan Dr Deborah Birx muncul sebagai suara yang paling dipercayai dalam menangani wabak itu.
Cadangan untuk menamatkan tugas mereka mewujudkan kebimbangan bahawa pakar itu akan diketepikan ketika pandemik COVID-19 terus menular di Amerika Syarikat (AS) serta kebimbangan mengenai cetusan gelombang kedua.
#bubar pasukan petugas khas #COVID-19 #Donald Trump #gelombang kedua #Hari Peringatan #koronavirus #pembangunan vaksin #White House
;