Trump tiba di Davos dengan agenda 'Amerika Diutamakan'

Astro Awani
Januari 25, 2018 10:56 MYT
Trump membawa agenda 'Amerika Didahulukan' di WEF2018, Davos. - Gambar fail
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump tiba di Switzerland dengan membawa agenda "Amerika Diutamakan” di Forum Ekonomi Dunia 2018.
Ini merupakan penyertaan kali pertama Trump di WEF dan dilihat bakal menjadi pentas untuk beliau mempromosi dasar memperkukuh perniagaan, industri dan pekerja AS.
Beliau juga tidak pernah dijumput untuk menghadiri perhimpunan itu sebelum ini, walaupun beliau terkenal sebagai usahawan dan taikun hartanah terkemuka.
Kehadiran Trump menjadikan beliau presiden pertama berbuat demikian dalam tempoh dua dekad.
Beliau dijadual menyampaikan ucapan esok, jam 9 malam waktu Malaysia.
Bill Clinton ialah Presiden Amerika Syarikat terakhir yang menghadiri forum tahunan itu, iaitu pada 2000.

Will soon be heading to Davos, Switzerland, to tell the world how great America is and is doing. Our economy is now booming and with all I am doing, will only get better...Our country is finally WINNING again!

— Donald J. Trump (@realDonaldTrump) January 25, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu penasihat ekonomi kanan White House Gary Cohn menyifatkan dasar ‘mengutamakan Amerika’ bukan bermakna ia hanya akan memanfaatkan negara berkenaan.
“Apabila kita (AS) maju maka seluruh dunia akan maju bersama. Kita adalah sebahagian daripada ekonomi global dan itulah apa yang diperjuangkan Presiden (Trump),” katanya.
Trump sebelum ini sudah memperkenalkan cukai baru terhadap industri luar seperti memperkenalkan cukai 30 peratus terhadap panel solar import.
Dasar perlindungan berkenaan sudahpun menunjukkan kesan negatif.
Ia sudahpun menyebabkan nilai dolar menguncup ke paras terendah dalam tiga tahun.
Persidangan yang bermula pada Selasa dan berakhir pada Sabtu.
#Amerika Didahulukan #Bill Clinton #Davos #Donald Trump #Narendra Modi #Shah Rukh Khan #WEF2018 #World Economic Forum 2018