Trump tiada imuniti dalam tuduhan konspirasi ubah keputusan pilihan raya
Agensi
Februari 6, 2024 00:19 MYT
Februari 6, 2024 00:19 MYT
WASHINGTON: Mahkamah Rayuan Persekutuan pada Selasa memutuskan Donald Trump tidak mempunyai imuniti dalam tuduhan merancang mengubah keputusan pilihan raya 2020.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan Daerah Columbia menolak dakwaan Trump bahawa beliau tidak boleh didakwa dengan dakwaan berkaitan tanggungjawab rasminya sebagai presiden.
Keputusan itu menafikan usaha Trump untuk mengelak perbicaraan atas tuduhan mengganggu demokrasi dan peralihan kuasa, walaupun ketika beliau mengukuhkan kedudukannya sebagai pendahulu calon Presiden Republikan.
Peguam Trump berhujah bahawa bekas presiden berhak mendapat perlindungan undang-undang yang menyeluruh dan tidak boleh didakwa dalam tuduhan jenayah bagi tugasan rasmi melainkan terlebih dahulu dicabar oleh Dewan Rakyat dan disingkirkan daripada jawatan oleh Senat.
Trump telah didakwa dua kali oleh Dewan, tetapi Senat Republikan memberikan undi yang mencukupi untuk membebaskannya daripada tuduhan itu.