Trump tandatangan perintah eksekutif kuasa sekatan terhadap ICC

Agensi
Februari 6, 2025 07:50 MYT
Presiden Trump telah menandatangani perintah eksekutif pada Khamis yang memberi kuasa untuk mengenakan sekatan terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC). - Gambar Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump telah menandatangani perintah eksekutif pada Khamis yang memberi kuasa untuk mengenakan sekatan terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), menurut pengesahan White House.
Tindakan tersebut diambil susulan ICC mengeluarkan waran tangkap terhadap sekutu Trump, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Perintah Trump ini ditandatangani dua hari selepas beliau mengadakan pertemuan dengan Netanyahu.
Semasa pentadbiran Trump pada penggal pertama, beliau pernah mengenakan sekatan terhadap ICC kerana menyiasat dakwaan jenayah perang yang dilakukan oleh tentera AS di Afghanistan.
Namun, sekatan tersebut telah ditarik balik oleh Presiden Joe Biden ketika beliau mengambil alih pentadbiran. - Agensi
#Donald Trump #perintah eksekutif #kuasa sekatan #Mahkamah Jenayah Antarabangsa
;