Trump seperti kanak-kanak - Michael Wolff

Astro Awani
Januari 5, 2018 07:10 MYT
Kakitangan White House menggambarkan Trump seperti seorang kanak-kanak kerana perlu memuaskan hatinya dengan segera, kata penulis buku Michael Wolff. REUTERS / Fail
"Dia seperti anak kecil yang mahu segala permintaannya dipenuhi dengan segera."
Itu merupakan kenyataan dibuat kakitangan White House terhadap Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, kata penulis buku kontroversi itu, Michael Wolff.
Bercakap pada program stesen televisyen NBC 'Today' pada Jumaat, Wolff menepis dakwaan Trump bahawa tulisannya adalah palsu, sambil menambah, telah melakukan 200 temubual.
"Kesemua kakitangan White House menggambarkan Trump seorang yang keanak-anakan kerana perlu memuaskan hatinya dengan segera.
"Ini semua tentang dia. Lelaki ini tidak membaca dan tidak mendengar. Dia seperti 'pinball' hanya menembak dari sisi," ujarnya.

Here we go. You can buy it (and read it) tomorrow. Thank you, Mr. President.

— Michael Wolff (@MichaelWolffNYC) January 4, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagaimanapun, Setiausaha Negara AS, Rex Tillerson menolak dakwaan Wolff yang mengatakan Trump mengalami masalah mental.
Buku tersebut kini berada di pasaran walaupun Trump cuba untuk menghentikan penjualannya.
Malah, Fire and Fury: Inside the Trump White House mendapat sambutan hangat hingga habis dijual.
Peguam Trump cuba untuk menyekat penerbitan buku tersebut dengan mendakwa ia mengandungi banyak kepalsuan.
Trump menyifatkan, buku itu ‘penuh dengan kebohongan’ dan mendakwa media serta pihak lain cuba untuk menyakitinya.
"Mereka harus cuba memenangi pilihan raya (untuk berada di kerusi presiden). Sedih!," tambahnya.

I authorized Zero access to White House (actually turned him down many times) for author of phony book! I never spoke to him for book. Full of lies, misrepresentations and sources that don exist. Look at this guy past and watch what happens to him and Sloppy Steve!

— Donald J. Trump (@realDonaldTrump) January 5, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada Jumaat, beliau enggan menjawab soalan mengenai buku itu ketika beliau melawat Camp David untuk mesyuarat bersama Republikan.
#Amerika Syarikat #AS #Donald Trump #Media #presiden #White House
;