Trump sahkan Zelenskyy ke White House esok untuk tandatangani perjanjian “sangat besar” dengan AS

Agensi
Februari 26, 2025 07:30 MYT
Menurut Trump (kanan), lawatan itu akan menyaksikan Zelenskyy menandatangani perjanjian mineral yang dinanti-nantikan AS.
WASHINGTON: Semasa mesyuarat Kabinet pada Rabu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengesahkan Presiden Ukraine, Volodomyr Zelenskyy akan melawat White House pada Jumaat.
Beberapa hari lalu, Trump menyatakan, lawatan itu akan menyaksikan Zelenskyy menandatangani perjanjian mineral yang dinanti-nantikan AS.
Trump kini menyatakan bahawa ia "akan menjadi perjanjian yang sangat besar," tanpa memberikan butiran lanjut.
Presiden menambah, perjanjian itu akan membolehkan AS "mendapatkan kembali wang kita".
"Dan kita akan mendapat banyak wang pada masa depan, dan saya rasa itu wajar, kerana pembayar cukai kita tidak sepatutnya menanggung kosnya," katanya.
"Semuanya telah diselesaikan."
Beliau turut menegaskan, perjanjian damai berkemungkinan akan menyusul selepas itu. - Agensi
#Donald Trump #Volodymyr Zelenskyy #perjanjian sangat besar #Amerika Syarikat
;