Trump sah tidak dijangkiti COVID-19
Astro Awani
Mac 14, 2020 07:38 MYT
Mac 14, 2020 07:38 MYT
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump disahkan tidak dijangkiti COVID-19, menurut doktor pakar di White House.
Trump memilih untuk menjalani ujian saringan selepas setiausaha media Presiden Brazil disahkan positif virus tersebut, lapor CNBC.
Terdahulu Trump dilapor makan malam bersama Presiden Brazil Jair Bolsonaro dan setiasusahanya itu di Mar-a-Lago minggu lalu.
Bolsonaro yang kemudiannya menjalani ujian saringan mengesahkan dirinya negatif jangkitan virus tersebut.
Pada Sabtu, Trump mengumumkan darurat di seluruh AS susulan peningkatan angka jangkitan dan kematian di negara itu.
Dalam sidang medianya, Trump turut menepis dakwaan bahawa beliau seorang yang mementingkan diri sendiri dan enggan menjalani ujian saringan COVID-19 ketika diajukan soalan oleh seorang wartawan.