Trump rasmi Kedutaan AS guna sidang video

Sinar Harian
Mei 12, 2018 07:37 MYT
Bangunan konsulat AS itu akan menempatkan kedutaan negara terbabit di Baitulmaqdis. - Foto Sinar Harian
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump akan berucap menerusi sidang video ketika majlis perasmian Kedutaan AS di Baitulmaqdis yang dijadualkan berlangsung pada 14 Mei.
Duta AS ke Israel, David Friedman bagaimanapun tidak menyatakan sama ada jutawan hartanah tersebut akan menyampaikan ucapan secara langsung atau rakaman awal.
“Kakitangan kami akan mula bertugas di Baitulmaqdis. Kami sangat gembira dan teruja untuk menyertai acara bersejarah itu. Semua pihak telah melakukan persediaan untuk perasmian kedutaan tersebut,” katanya.
Jelasnya, kira-kira 800 termasuk wakil dari AS akan turut serta dalam majlis itu.
Difahamkan, diplomat negara lain bagaimanapun dilaporkan enggan menghadiri acara itu kerana ia didakwa akan menjejaskan proses damai antara Israel dan Palestin.
Dalam perkembangan berkaitan, ribuan penunjuk perasaan di Jordan, Turki dan Indonesia mengadakan protes membantah keputusan kontroversi Washington yang memindahkan kedutaan mereka dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis. - Press TV
#Amerika Syarikat #AS #Baitulmaqdis #bangunan konsulat #David Friedman #Donald Trump #duta #Indonesia #Israel #Jordan #kedutaan #Palestin #protes #Tel Aviv #Turki #ucapan #video #Washington
;