Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama menyifatkan bakal presiden Donald Trump sebagai pemimpin yang tiada hala tuju sebenar berikutan kenyataannya yang enggan mendengar taklimat keselamatan harian.
Dalam sebuah temubual program bual bicara The Daily Show bersama Trevor Noah, Obama berkata Agensi Keselamatan AS mempunyai ramai pakar yang bekerja keras demi negara itu.
Menurut beliau lagi, seorang presiden seperti Trump yang tidak mahu mendengar perspektif mereka yang lebih pakar, akan mengalami kerugian.
“Apabila Jawatankuasa Demokrat Kebangsaan (DNC) digodam, kami dengan pantas mengarahkan agensi kami untuk menyiasat apa yang telah terjadi dan kami bercadang untuk mengumumkan pada Oktober mengenai semua pihak yang terlibat bersama perisikan Rusia bertanggungjawab dalam menggodam DNC dan memperoleh maklumat curi. Itu adalah sebulan sebelum pilihanraya. Ia bukanlah rahsia,” jelas Obama.
BACA: Ahli Republikan tolak laporan Rusia bantu Trump menang pilihanraya
Obama juga menjelaskan bahawa penglibatan Rusia dalam kontroversi penggodaman email ahli Parti Demokrat sewaktu pilihan raya November lepas bukanlah satu rahsia.
“Bakal presiden mungkin mengatakan satu perkara dan melakukan satu perkara yang lain kerana kebenarannya adalah dunia ini sangat rumit. Tidak kira betapa bijak pun ada, anda perlu mendapatkan maklumat yang bijak untuk membuat keputusan yang tepat.
"Pengalaman saya bersama agensi perisikan adalah mereka tidak sempurna. Mereka adalah yang pertama yang tahu akan hakikat itu namun mereka bekerja keras dan bersemangat patriotic dan berilmu dan jika anda tidak memahami pandangan mereka, anda dalam kerugian,” tambah Obama lagi mengenai kontoversi yang melanda melibatkan bakal presiden AS itu.
Tambahnya, sikap masyarakat yang tidak mengendahkan campur tangan Rusia dalam isu keselamatan negara tersebut adalah membimbangkan
Agensi
Tue Dec 13 2016
Dalam sebuah temubual program bual bicara The Daily Show bersama Trevor Noah, Obama berkata Agensi Keselamatan AS mempunyai ramai pakar yang bekerja keras demi negara itu. - Gambar / REUTERS
Kerajaan tanggung RM1.662 juta kos penerbangan lawatan rasmi PM - Fahmi
Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara, baru-baru ini.
Harga dalam julat antara AS$65 dan AS$75 setong pada 2025
Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings) mengunjurkan harga minyak berada dalam julat antara 65 dan 75 dolar amerika setong pada 2025.
Untung bersih Affin Bank melonjak
Keuntungan bersih Affin Bank Berhad meningkat 45% kepada RM145.82 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2024, didorong oleh peningkatan pendapatan daripada kadar faedah dan segmen perbankan Islam.
JIPS guna dron pantau warga PDRM main golf ketika bertugas
Pemantauan dan penyiasatan membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuat menggunakan dron oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS) Bukit Aman.
FGV diarah kemuka pembelaan saman sebelum 4 Disember
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan FGV Bulkers Sdn Bhd, anak syarikat tidak langsung FGV, untuk mengemukakan pembelaan saman sebelum 4 Disember 2024 berkaitan dakwaan pelanggaran perjanjian bekalan isirong tandan sawit.
DRB-Hicom terkesan penurunan jualan kenderaan, kerugian Pos Malaysia
Pendapatan sembilan bulan pertama DRB-Hicom Bhd bagi tahun kewangan 2024 terkesan disebabkan penurunan jualan kenderaan dan perkhidmatan pos.
Hutang RM1.24 trilion diuruskan secara bertanggungjawab, tiada krisis
Pakar Ekonomi menyifatkan hutang negara berjumlah RM1.24 trilion tidak membimbangkan kerana nisbah hutang kepada KDNK kekal di bawah 90 peratus.
[TERKINI] Penjawat awam Negeri Sembilan, P. Pinang terima bonus
Kerajaan Negeri Sembilan memberi bantuan khas kewangan dua bulan gaji manakala Kerajaan Pulau Pinang memberi setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam negeri tahun depan
Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga
Yang di-Pertuan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda.
M Nasir terima Ijazah Kehormat UPSI
Datuk M Nasir akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan pada Majlis Istiadat Konvokesyen Ke-26 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini pada Sabtu.
Bekas anggota CIA dipenjara, bocor rahsia ke WikiLeaks
Joshua Schulte didapati bersalah atas tuduhan pengintipan dan lain-lain kesalahan pada 2022, dalam tragedi yang digelar 'Pearl Harbor digital.'
Ketua CIA adakan lawatan sulit ke Ukraine
Pengarah CIA William Burns bertemu dengan Presiden Volodymyr Zelenskyy dan pegawai perisikan tertinggi Ukraine pada Jun lalu.
Amerika Syarikat akan keluarkan laporan siasatan pembunuhan Jamal Khashoggi
Ia dijangka akan mengaitkan pembunuhan itu secara langsung dengan Putera Mahkota Arab Saudi.
Dakwaan Kim Jong Un koma meragukan - Penganalisis
Tiada petunjuk jelas bahawa Jong Un sedang koma atau sakit pada masa ini.
Desas-desus adik bakal ganti Kim Jong-un, AS kumpul maklumat mengenai Kim Yo Jong
Untuk rekod, Jong-un tidak muncul di khalayak ramai sejak mempengerusikan mesyuarat bersama Parti Politburo, 11 April lalu.
Ukraine dakwa tangkap komander tertinggi Daish
Badan itu menerusi kenyataan di Facebook pada Jumaat memaklumkan, Al Bar Shishani, yang merupakan warga Georgia, ditahan di wilayah Kyiv.
LTTE antara kumpulan pemberontak paling ganas - Pakar Keselamatan
Pemberontak Tamil Eelam (LTTE) merupakan badan perjuangan pemberontak paling ganas di dunia.
Abang tiri Kim Jong-un pemberi maklumat kepada CIA?
Laporan itu selanjutnya memetik sumber yang rapat dengan siasatan itu sebagai berkata, terdapat rangkaian yang rapat antara Jong Nam yang telah terbunuh di Malaysia pada 2017, dan CIA.
Meskipun sedikit terlewat, CIA umum bakal miliki akaun Instagram
Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat (AS) bakal melancarkan akaun Instagram.
Dakwaan kerjasama Pakatan Harapan dengan IRI perlu disiasat - Najib
Perlu ada siasatan rapi mengenai dakwaan yang mengatakan Pakatan Harapan telah bekerjasama dengan Institut Republikan Antarabangsa di AS.