Trump pecat pengarah agensi keselamatan siber melalui Twitter

Saraya Mia
November 18, 2020 23:05 MYT
Trump sehingga kini mendakwa kemenangan calon Demokrat Joe Biden dalam pilihan raya 3 November lalu adalah tidak sah. -Reuters
PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Donald Trump bertindak memecat pengarah agensi keselamatan siber, Chris Krebs atas dakwaan tidak jujur dalam kenyataannya mengenai kesahihan proses pilihan raya lalu.
Pemecatan itu diumumkan Trump melalui laman sosial Twitter pada petang Selasa.
Dalam ciapan tersebut, Trump mendakwa bahawa kenyataan terbaharu Krebs yang menafikan proses pilihan raya dilakukan secara tidak sahih, adalah “sangat tidak benar”.
“Disebabkan itu, jawatan Krebs sebagai Pengarah Agensi Keselamatan Siber dan Infrastruktur AS ditamatkan serta merta,” kata Trump dalam ciapan tersebut.

The recent statement by Chris Krebs on the security of the 2020 Election was highly inaccurate, in that there were massive improprieties and fraud - including dead people voting, Poll Watchers not allowed into polling locations, glitches in the voting machines which changed...

— Donald J. Trump (@realDonaldTrump) November 18, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam pada itu, Krebs tidak diberikan notis pemberhentian kerja dan hanya mendapat tahu dipecat selepas membaca ciapan Trump di Twitter itu, lapor Reuters.
Trump sehingga kini mendakwa kemenangan calon Demokrat Joe Biden dalam pilihan raya 3 November lalu adalah tidak sah dan beliau masih enggan mengaku kalah.
"Terdapat pelbagai kesilapan dalam proses pilihan raya lalu, contohnya membenarkan orang yang telah meninggal dunia untuk mengundi, tidak membenarkan pengawal pilihan raya atau Poll Watchers memasuki pusat pengundian dan banyak lagi.
"Masalah pada mesin undi telah menyebabkan jumlah undian beralih sekali gus menyebabkan Biden menang majoriti jumlah undian," dakwa Trump dalam ciapan Twitter.
#Donald Trump #Twitter #pilihan raya #presiden #Joe Biden #Chris Krebs #pecat #Agensi Keselamatan Siber
;