Trump pecat individu penting dalam White House
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Disember 2, 2017 04:23 MYT
Disember 2, 2017 04:23 MYT
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata dia terpaksa memecat bekas Penasihat Keselamatan Negara Michael Flynn kerana berbohong kepada Naib Presiden dan FBI.
Melalui tweet terbaharunya Trump berkata tiada apa yang hendak disembunyikan.
Sebelum ini Flynn adalah individu penting dalam pentadbiran Trump.
Flynn menjadi terkenal selepas ucapannya yang berkobar-kobar menyokong Trump pada Konvensyen Nasional Republikan 2016 dengan semangat mahu memenjarakan Hillary Clinton.
Hasilnya Trump telah berjanji untuk memberi ganjaran berupa jawatan penting kepadanya.
Flynn dipecat oleh Trump selepas hanya sebulan di White House dan kini berdepan peningkatan kejadian jenayah yang akhirnya membawa kepada pengakuan bersalah selepas didakwa berbohong kepada Badan Penyiasatan persekutuan (FBI) mengenai hubungannya dengan duta Rusia.