Trump namakan John Ratcliffe sebagai pengarah CIA

Bernama
November 13, 2024 15:30 MYT
Trump menganugerahkan Ratcliffe Pingat Keselamatan Negara pada 2020 atas pencapaian cemerlangnya dalam perisikan dan keselamatan negara. - Foto REUTERS
WASHINGTON: Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menamakan John Ratcliffe, bekas Pengarah Perisikan Nasional (DNI) sebagai pengarah baharu Agensi Perisikan Pusat (CIA) pada Selasa, menurut Agensi Anadolu.
"Saya berharap John menjadi individu pertama yang pernah berkhidmat dalam kedua-dua jawatan Perisikan tertinggi Negara kita. Beliau akan menjadi pejuang yang berani untuk Hak Perlembagaan semua rakyat Amerika, sambil memastikan Tahap Tertinggi Keselamatan Negara dan KEAMANAN MELALUI KEKUATAN," kata Trump dalam satu kenyataan.
"Daripada mendedahkan pakatan sulit Rusia palsu sebagai operasi kempen Clinton kepada menangkap penyalahgunaan kebebasan sivil FBI di Mahkamah FISA, John Ratcliffe sentiasa menjadi pahlawan untuk kebenaran," tambahnya.
Trump menganugerahkan Ratcliffe Pingat Keselamatan Negara pada 2020 atas pencapaian cemerlangnya dalam perisikan dan keselamatan negara.
-- BERNAMA
#Donald Trump #John Ratcliffe #Pengarah CIA #Agensi Perisikan Pusat
;