Trump mahu hos Fox News yang dituduh anti-Islam kembali ke udara
Agensi
Mac 17, 2019 06:14 MYT
Mac 17, 2019 06:14 MYT
Seorang pengacara Fox News, Jeanine Pirro telah disekat dari ke udara susulan kenyataan anti-Islamnya terhadap Ahli Kongres wanita Islam Amerika Syarikat, Ilhan Omar, minggu lalu.
Bagaimanapun, keputusan itu dibantah oleh Presiden AS Donald Trump yang mahukannya kembali ke udara selepas melihat rancangannya, 'Justice with Judge Jeanine' tidak bersiaran yang dijadualkan Sabtu
malam, tidak bersiaran.
"Kembalikan @JudgeJeanine Pirro. Demokrat radikal berhaluan kiri berkerja rapat dengan rakan tersayang mereka, iaitu Berita 'Fake News', menggunakan segala tipu helah dalam buku untuk mendiamkan
majoriti (rakyat) negara ini.
"Mereka sedang berkempen habis-habisan menentang hos Fox News yang telah melakukan kerja dengan sangat baik," kata Trump menerusi kenyataan di Twitternya pada Ahad.
Beliau juga berpesan kepada Fox News supaya terus kuat dan terus berjuang dengan penuh semangat.
"Terus berjuang untuk Tucker, dan berjuang kuat untuk @JudgeJeanine," katanya. "Pesaing anda cemburu - mereka semua mahu apa yang anda miliki - (menjadi) NOMBOR SATU. Jangan menyerahkannya kepada
mereka begitu sahaja. Mereka tidak dapat mengalahkan anda, hanya anda boleh kalahkan diri anda sendiri!"
Pirro, 67 tahun, dalam kenyataannya minggu lalu menyifatkan pegangan Ilhan Omar terhadap Islam 'bertentangan dengan perlembagaan Amerika'.
"Fikirkan... adakah kepatuhannya terhadap Islam melambangkan kepatuhannya terhadap undang-undang Syariah, yang dengan sendirinya bertentangan dengan Perlembagaan Amerika Syarikat?"
Pirro kemudian mempertahankan kenyataannya, sambil berkata niatnya cuma untuk "mengajukan pertanyaan dan memulakan perbahasan."
"Sudah tentu, anda seorang Muslim tidak bermakna anda tidak menyokong Perlembagaan," katanya lagi.
#Ahli Kongres wanita Islam Amerika Syarikat
#Donald Trump
#Donald Trump Fox News
#Donald Trump Jeanine Pirro
#Ilhan Omar
#Jeanine Pirro
#Justice with Judge Jeanine
#kenyataan anti-Islam
#pengacara Fox News
#Presiden AS Donald Trump