Trump luluskan undang-undang cukai baharu AS

APTN
Disember 22, 2017 05:04 MYT
Presiden Trump luluskan undang-undang cukai AS, sebelum Krismas berbanding tarikh awal pada Januari 2018 (foto: REUTERS/Jonathan Ernst)
Presiden Amerika Syarikat (AS) meluluskan undang-undang percukaian baharu bernilai AS$1.5 trilion.
Menurut Trump, pada awalnya dia ingin tunggu sehingga 1 Januari untuk meluluskan undang-undang berkenan, namun menukar fikiran.
Dakwa Trump, ini akan membolehkan undang-undang itu berkuatkuasa lebih awal dan beri manfaat kepada warga AS lain.
Undang-undang cukai itu akan memberikan pemotongan cukai yang besar kepada syarikat dan golongan kaya di AS.
Ia akan turut mengenakan cukai kepada syarikat AS yang menyimpan wang di luar pesisir.
Namun ia didakwa akan memberikan pemotongan cukai yang kecil kepada golongan kelas pertengahan dan rendah di AS.
Ini adalah semakan skala besar-besaran kali pertama kepada undang-undang cukai di AS sejak 1986.
Ia adalah undang-undang pertama yang diundi dan diluluskan oleh kumpulan Republikan di Kongres AS.
Kumpulan Demokrat mendakwa undang-undang cukai ini hanya akan memberikan pemotongan yang sangat besar kepada golongan kaya di AS.
#Amerika Syarikat #AS #cukai #presiden #undang-undang
;