Trump jawab saman di pejabat Peguam Negara New York

Astro Awani
April 14, 2023 09:30 MYT
Bekas Presiden AS Donald Trump ketika tiba di Trump Tower selepas menjawab pertuduhan mengenai dakwaan amalan salah guna syarikat di pejabat Peguam Negara New York. - Foto REUTERS
NEW YORK: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump tampil di pejabat Peguam Negara New York untuk menjawab pertuduhan mengenai dakwaan amalan salah guna syarikatnya.
Ini kali kedua Trump hadir di pejabat Peguam Negara New York itu.
Beberapa ahli Republikan turut berada di pejabat Letitia James, yang memfailkan saman ke atas Trump tahun lepas.
Antara lain, saman mendakwa Trump dan keluarga mengelirukan bank dan rakan bisnes dengan memberikan mereka maklumat tidak benar mengenai hartanya serta nilai aset dimiliki seperti hotel dan padang golf.
Saman yang difailkan itu tiada kaitan dengan dakwaan jenayah feloni dikenakan ke atas Trump minggu lepas oleh peguam Manhattan, yang mencipta sejarah tersendiri di AS apabila seorang bekas Presiden didakwa.
Minggu lepas, Trump mengaku tidak bersalah di Mahkamah Manhattan atas 34 pertuduhan jenayah feloni berkaitan pembayaran ‘wang menutup mulut’ kepada pelakon filem ‘lucah’ Stormy Daniels.
#Donald Trump #Pejabat Peguam Negara #Letitia James #saman
;