Trump jalani pemeriksaan kesihatan pertama sebagai Presiden AS
Astro Awani
Januari 12, 2018 06:50 MYT
Januari 12, 2018 06:50 MYT
Buat pertama kalinya, Donald Trump melakukan pemeriksaan rawatan sejak menjawat Presiden Amerika Syarikat (AS).
Pemeriksaan itu dibuat ketika Trump melakukan lawatan di Hospital Tentera Walter Reed di Bethesda, Maryland.
Sepanjang minggu Jurucakap White House, Sarah Huckabee Sanders, sibuk mempertahankan ketuanya, sejak pelancaran buku "Fire and Fury: Inside The Trump White House" karya Michael Wolf.
Wolf menggambarkan Trump yang berusia 71 tahun sebagai tidak berdisiplin dan tanggungjawab sebagai presiden melampaui kemampuannya.
Bagaimanapun, selepas terbitnya buku berkenaan, Trump bertindak agresif dengan mendakwa dirinya sebagai manusia genius dan stabil. Dia juga melawan cadangan yang cuba mengaitkan mentalnya sebagai tidak stabil.
Pemeriksaan yang dilakukan beberapa jam itu, dipercayai memeriksa tekanan darah, kandungan kolestrol dan gula.
Trump berusia 70 tahun ketika memasuki White House pada 20 Januari 2017, menjadikan presiden tertua ketika menjawat jawatan tertinggi AS itu.