Trump isytihar sekatan penuh atas Iran

Astro Awani
Ogos 6, 2018 05:43 MYT
Trump percaya tekanan ke atas ekonomi akan menyebabkan Iran bersetuju dengan satu perjanjian baru untuk menamatkan program nuklearnya. - Gambar fail
Presiden Donald Trump mengumumkan akan melaksanakan sekatan sepenuhnya ke atas Iran berkuatkuasa Selasa.
Ia susulan tindakan Amerika Syarikat (AS) membatalkan persetujuan Perjanjian Nuklear 2015 pada Mei lalu.
Sekatan ke atas republik Islam itu mensasarkan sektor automotif Iran, serta perdagangan emas serta besi.
Trump percaya tekanan ke atas ekonomi akan menyebabkan Iran bersetuju dengan satu perjanjian baru untuk menamatkan program nuklearnya.
Trump dalam pada itu memberi amaran pihak yang mencabul sekatan itu akan berdepan kesannya.
United Kingdom, Perancis dan Jerman, antara negara yang memeterai perjanjian nuklear bersama Rusia dan China, mengeluarkan kenyataan kesal dengan sekatan kali ini.
Negara-negara berkenaan bagaimanapun berjanji untuk memenuhi komitmen yang dipersetujui di bawah perjanjian tersebut.
#AS #Donald Trump #ekonomi #Iran #nuklear #sekatan
;