Trump ditembak: 'Tindakan tidak bermoral jika hanya gimik' - Penganalisis

Azib Zikry
Julai 14, 2024 15:20 MYT
Banyak pihak yakin Trump akan menggunakan serangan ke atasnya sebagai suatu kelebihan kempen. - Gambar/ AP
KUALA LUMPUR: Jika serangan tembakan ke atas calon Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump merupakan gimik daripada parti Republikan, ia adalah suatu tindakan yang tidak berperikemanusiaan kerana melibatkan nyawa orang tidak bersalah.

Ringkasan AI
  • Pakar geopolitik Universiti Utara Malaysia (UUM), Awang Dzul-Hashriq Dharfizi, tidak percaya serangan tembakan terhadap Donald Trump adalah gimik parti Republikan kerana ia melibatkan kehilangan nyawa, yang dianggap tidak bermoral dan tidak beretika.
  • Beliau berpendapat Trump akan memanfaatkan insiden ini sebagai kelebihan dalam kempen pilihan rayanya untuk meraih undi menentang Joe Biden, dengan menggunakan simpati pengundi sebagai seorang survivor.
  • Dalam masa yang sama, kempen Biden mungkin akan berubah, dengan beliau berhati-hati dalam memberikan komen yang sensitif atau peribadi terhadap Trump, bagi mengelakkan backlash dari pengundi yang bersimpati dengan Trump.

Namun, pakar geopolitik Universiti Utara Malaysia (UUM), Awang Dzul-Hashriq Dharfizi, berpendapat kejadian yang berlaku semasa perhimpunan kempen Trump di Pennsylvania itu, bukan gimik.
Katanya, kejadian itu bagaimanapun akan digunakan oleh Trump sebagai suatu kelebihan kempen untuk meraih undi pada pilihan raya presiden akan datang menentang Joe Biden.
Serangan bukan gimik, tetapi kelebihan buat Trump - Pakar
"Saya tidak melihat ini adalah gimik, kerana kita tahu ada dikalangan audiens yang terkorban.
"Sekiranya ia adlaah gimik yang melibatkan kehilangan nyawa, ia adalah suatu perkara yang tidak bermoral dan beretika.
"Bagaimanapun tidak dapat dinafikan parti Republikan akan memaksimumkan (menggunakan) insiden ini dalam kempen mereka," katanya lagi.
Sementara itu beliau berpandangan, bahawa kempen Presiden Joe Biden untuk mempertahankan jawatanya juga akan berubah.
Ini kerana Biden, mungkin akan berhati hati untuk memberikan komen berunsur peribadi, dan sensitif selepas kejadian malang menimpa seterunya, Trump.
"Bagi pihak Joe Biden, beliau mungkin tidak boleh mempersenda, memerli Donald Trump dengan keterlaluan kerana simpati pengundi terhadap Trump sebagai seorang survivor.
"Bagaimanapun Trump, dengan gaya politiknya... mungkin beliau akan gunakan insiden ini untuk meraih lebih banyak sokongan, memperagakan insdien ini untuk kepentingan politik beliau," tambahnya lagi.
#Donald Trump #Joe Biden #kejadian tembakan #bukan gimik
;