Trump diramal menang selesa pemilihan di Florida, Illinois
Bernama
Mac 18, 2020 13:17 MYT
Mac 18, 2020 13:17 MYT
Presiden Donald Trump berada di kedudukan selesa untuk memenangi pemilihan di Florida dan Illinois sebagai calon Republikan bagi mempertahankan jawatannya pada pilihan raya Presiden 2020, lapor agensi berita Sputnik.
Ramalan beberapa rangkaian televisyen utama AS, Trump, dilihat menghampiri kejayaan, memperoleh 94.3 peratus undian dan 122 perwakilan di Florida, menurut CNN semalam.
NBC News meramalkan beliau melakar kemenangan di Illinois dengan 94.9 peratus undi dan 66 perwakilan.
Kedua-dua kemenangan itu memberinya sebanyak 188 perwakilan.
Pemilihan Demokrat di kedua-dua negeri itu pula dijangka menyebelahi bekas Naib Presiden Joe Biden yang bersaing dengan Senator Bernie Sanders.
-- BERNAMA
#Bernie Sanders
#calon
#Donald Trump
#Florida
#Illinois
#Joe Biden
#pemilihan
#pilihan raya
#presiden
#Republikan