Trump digesa keluar arahan eksekutif wajibkan pemakaian pelitup muka
Astro Awani
Jun 29, 2020 07:03 MYT
Jun 29, 2020 07:03 MYT
Gabenor New York, Andrew Cuomo menggesa Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk mengeluarkan arahan eksekutif agar pemakaian pelitup muka diwajibkan di seluruh negara.
Cuomo membuat kenyataan itu pada taklimat hariannya di New York, pada Isnin ketika mana jumlah kes baharu COVID-19 semakin meningkat di kebanyakan negeri di AS.
Florida misalnya mengalami peningkatan besar pada hujung minggu lalu dengan jumlah kes baharu mencapai hampir 18,000.
"Presiden boleh lakukan dua perkara -- pertama, menandatangani perintah eksekutif yang mengarahkan semua orang untuk memakai pelitup muka.
"Kenapa kita pada saat ini sebagai sebuah negara masih belum melakukan langkah sederhana, mudah dan minimum ini dengan menyatakan, 'Anda mesti memakai pelitup muka semasa anda berada di khalayak ramai'," kata Cuomo.
Dalam taklimat itu, Cuomo berkata beliau membina arca di dalam garajnya mengenai unjuran COVID-19 di New York dan memberi amaran pihaknya tidak mahu lagi unjuran kes virus itu meningkat di negeri itu.
Sementara itu, Cuomo turut berkata pihaknya sedang mempertimbang untuk melonggarkan sekatan dengan membenarkan pengunjung makan di dalam restoran di New York dan keputusan itu akan dibuat pada Rabu.
#Amerika Syarikat
#Andrew Cuomo
#arahan eksekutif
#COVID-19
#Donald Trump
#Gabenor New York
#koronavirus
#pelitup muka
#virus