Trump buka mulut lagi, kali ini cadang guru sekolah diberi senjata

Agensi
Februari 21, 2018 07:12 MYT
rump berkata pentadbirannya akan turut memberi penekanan kepada pemeriksaan latar belakang tahap kesihatan mental pelajar - Foto Reuters
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mencadangkan guru sekolah dilengkapi senjata bagi menghalang kes tembakan besar-besaran.
Keputusan itu dicapai Trump selepas bertemu pelajar yang terselamat serta ibu bapa pelajar yang terkorban dalam kejadian tembakan di sekolah Marjory Stoneman Douglas Florida minggu lepas, lapor Reuters.
“Jika kita lengkapkan guru ini dengan senjata, mereka boleh mematahkan serangan dengan pantas,” kata Trump selepas pertemuan di White House.
BACA: Hapuskan NRA! Pelajar laung bantahan di depan Capitol Hill
BACA: 'Dia baru 14 tahun, kenapa mati cara sebegitu?'
Dalam pertemuan itu Trump menghabiskan masa mendengar rayuan pelajar yang mahu sesuatu dilakukan dan Trump berikrar akan menambahbaik pemeriksaan latar belakang pembeli senjata.
Minggu lepas sekolah Marjory Stoneman Douglas dikejutkan dengan tembakan rambang seorang pelajar yang mengorbankan 17 orang pelajar serta guru sekaligus menjadikan ia kes tembakan rambang kedua terbesar di sekolah awam AS.
BACA: Suspek Florida setuju mengaku bersalah jika boleh elak hukuman mati
Selain itu Trump berkata pentadbirannya akan turut memberi penekanan kepada pemeriksaan latar belakang tahap kesihatan mental pelajar bagi menjadikan sekolah lebih selamat.
#Amerika Syarikat #Donald Trump #gun control #kawalan senjata AS #Kes tembakan AS #Marjory Stoneman Douglas Florida #White House
;