Trump bincang henti bantuan ketenteraan kepada Ukraine - Laporan
Bernama
Mac 3, 2025 18:00 MYT
Mac 3, 2025 18:00 MYT
Trump akan mengadakan pertemuan pada Isnin dengan penasihat keselamatan negara kanan. - Gambar/ Reuters
MOSCOW: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump akan mengadakan pertemuan dengan pegawai AS untuk mempertimbangkan dan kemungkinan mengambil beberapa langkah terhadap Kyiv, termasuk menghentikan bantuan ketenteraan ke negara itu, lapor Sputnik/RIA Novosti yang memetik The New York Times.
Trump akan mengadakan pertemuan pada Isnin dengan penasihat keselamatan negara kanan, termasuk Setiausaha Negara Marco Rubio dan Setiausaha Pertahanan Pete Hegseth, untuk menilai beberapa strategi mengenai Ukraine, lapor akhbar itu pada Ahad, memetik seorang pegawai AS.
-- BERNAMA