Trump berhasrat bertemu Putin dengan "segera"

Agensi
Januari 24, 2025 09:15 MYT
Gambar fail menunjukkan Trump (kanan) dan Putin mengadakan perbincangan semasa pertemuan pada Sidang Kemuncak G-20 di Hamburg, Jerman, pada 2017. - Gambar AP
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memberitahu pemberita pada hari Khamis bahawa Rusia “seharusnya ingin membuat perjanjian” dengan Ukraine dan menegaskan bahawa beliau akan bertemu dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin segera.
“Saya rasa Rusia harus ingin membuat perjanjian. Mungkin mereka ingin membuat perjanjian.
"Dari apa yang saya dengar, Putin ingin bertemu dengan saya. Kami akan bertemu secepat mungkin. Saya akan bertemu segera. Setiap hari (selagi) kami tidak bertemu, tentera terbunuh di medan perang,” kata Trump semasa upacara penandatanganan di Pejabat Oval.
Apabila ditanya sama ada Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky bersedia untuk berunding, Trump menjawab: “Dia telah kehilangan banyak tentera, begitu juga Rusia,” sebelum menambah, “tetapi Rusia telah kehilangan lebih banyak.”
Awal minggu ini, Trump menulis di Truth Social bahawa beliau akan mengenakan tarif tinggi dan sekatan lanjut ke atas Rusia jika Putin gagal menghentikan perang di Ukraine. - Agensi
#Donald Trump #Vladimir Putin #konflik Rusia-Ukraine #Volodymyr Zelensky
;