Trump bebas tuduhan: Speaker Dewan sifatkan Senat Republikan 'pengecut'
Astro Awani
Februari 13, 2021 07:25 MYT
Februari 13, 2021 07:25 MYT
WASHINGTON: Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat, Nancy Pelosi menyifatkan anggota Senat Republikan sebagai pengecut susulan keputusan perbicaraan yang membebaskan bekas presiden Donald Trump.
Tegasnya, perwakilan itu dilihat tidak berani untuk mengheret Trump ke muka pengadilan.
"Apa yang kita lihat di Senat hari ini adalah kumpulan Republikan yang pengecut," kata Pelosi dalam satu sidang media selepas keputusan Senat terhadap Trump.
Malah, beliau secara peribadi membidas Mitch McConnell kerana gagal mensabitkan kesalahan terhadap Trump walaupun sebelum ini anggota Senat Republikan itu lantang mengkritik bekas presiden berkenaan susulan insiden rusuhan yang meragut lima nyawa.
"Kamu (McConnell) memilih untuk tidak menerimanya. Itulah alasan yang digunakannya," katanya merujuk kepada artikel mengenai penghakiman yang ingin disampaikan Dewan lebih awal.
Bagaimanapun, tegas pelosi, beliau tidak akan berputus asa dan akan meneruskan usaha membawa Trump menghadapi pertuduhan semula.
"Pengadilan belum selesai," tegas Pelosi.
Pelosi ialah individu yang bertanggungjawab membawa Trump ke Dewan Senat untuk memulakan perbicaraan bagi pendakwaan menghasut pengikutnya melakukan rusuhan di Bangunan Capitol pada 6 Januari lalu.
#Donald Trump
#Washington
#Amerika Syarikat
#Bekas Presiden
#Nancy Pelosi
#Mitch McConnell
#Dewan Senat