Trump batal sekatan baharu terhadap Korea Utara

Agensi
Mac 23, 2019 14:05 MYT
Sekatan itu adalah yang pertama sejak sidang kemuncak kedua dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un di Hanoi bulan lalu. REUTERS/Fail
PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Jumaat memutuskan untuk tidak mengenakan sekatan baharu ke atas Korea Utara.
Ia sekali gus memberi indikasi bahawa kedua-dua negara itu akan meneruskan perjanjian pembubaran senjata nuklear.
Memetik laporan portal Yonhap, Trump terdahulu dijangka akan membuat sekatan baharu terhadap negara pimpinan Kim Jong-Un selepas dua syarikat perkapalan China yang didakwa membantu Korea Utara melanggar sekatan program senjata nuklearnya.
Kekeliruan tersebut muncul selepas satu perkongsian Trump di Twitter yang seolah-olah mahu mengenakan sekatan berskala besar baru ke atas Korea Utara.
"Perbendaharaan AS hari ini mengumumkan sekatan tambahan kepada Korea Utara. Saya telah mengarahkan sekatan tambahan itu ditarik balik!," tulisnya.

It was announced today by the U.S. Treasury that additional large scale Sanctions would be added to those already existing Sanctions on North Korea. I have today ordered the withdrawal of those additional Sanctions!

— Donald J. Trump (@realDonaldTrump) March 22, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebaliknya, tiada sekatan baru AS ke atas Korea Utara yang diumumkan pada Sabtu.
Sekatan itu adalah yang pertama sejak sidang kemuncak kedua dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un di Hanoi bulan lalu.
Ia gagal akibat tuntutan penarikan semula sekatan Pyongyang yang bercanggah dan gesaan Washington untuk Korea Utara melepaskan senjata nuklearnya.
BACA: Trump tiba di Hanoi untuk hadiri sidang kemuncak kedua Korea Utara-AS
Setiausaha akhbar White House, Sarah Sanders dipetik berkata: "Presiden Trump suka kepada Kim dan menganggap sekatan itu tidak diperlukan."
Minggu lalu, Naib Menteri Luar Korea Utara, Choe Son-hui mengancam meninggalkan rundingan dan mengatakan rejim itu tidak berniat untuk berlagak seperti "gangster".
Katanya, Kim akan membuat keputusan dalam waktu terdekat sama ada untuk meneruskan perbincangan atau tidak.
#China #Donald Trump #Kim Jong Un #Korea Utara #Presiden Amerika Syarikat #sekatan
;