Trump angkat sumpah Presiden Amerika Syarikat ke-45
Bernama
Januari 20, 2017 07:28 MYT
Januari 20, 2017 07:28 MYT
Calon Republikan, Donald Trump ditabalkan sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-45 di Capitol Hill, Washington DC, hari ini.
Trump mengangkat sumpah jawatan di hadapan Ketua Hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat, John Roberts pada pukul 1.05 pagi (12.05 tengah hari Jumaat waktu Washington).
Bilionair Amerika Syarikat berusia 70 tahun itu menggantikan Barack Obama selepas mengalahkan calon Demokrat, Hillary Clinton pada Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat, 8 Nov lepas.
Majlis bersejarah itu, yang disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen antarabangsa, dipengerusikan oleh Roy Blunt, seorang senator Republikan dari Missouri dan juga Pengerusi Jawatankuasa Bersama Kongres Mengenai Aktiviti Perasmian.
Trump merupakan presiden pertama negara itu yang tidak pernah berkhidmat dengan tentera atau memegang jawatan dalam kerajaan. -- Bernama