Trump ancam kembalikan Terusan Panama kepada AS sekiranya Panama tidak kurangkan caj
Bernama
Disember 22, 2024 22:00 MYT
Disember 22, 2024 22:00 MYT
MOSCOW: Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengancam untuk mengembalikan Terusan Panama kepada pemilikan AS sekiranya pihak berkuasa Panama tidak mengawal caj yang dianggapnya "terlalu tinggi", lapor Sputnik/RIA Novosti.
Dalam hantaran di Truth Social, Trump berkata Terusan Panama dianggap sebagai aset nasional yang penting bagi Amerika Syarikat kerana peranan kritikalnya dalam ekonomi dan keselamatan negara. Namun, beliau menyifatkan caj tinggi yang dikenakan oleh Panama sebagai "tidak masuk akal" dan menyifatkan tindakan itu sebagai "penindasan" yang mesti dihentikan.
"Jika prinsip, baik moral mahupun undang-undang, isyarat pemberian yang murah hati ini tidak dipatuhi, kami akan menuntut agar Terusan Panama dikembalikan kepada kami (AS), sepenuhnya, tanpa sebarang persoalan," tambah Trump.
Terusan Panama ialah laluan air buatan di Panama, Amerika Tengah, yang merentasi Tanah Genting Panama di kawasan paling rendah dan menghubungkan Lautan Atlantik dan Lautan Pasifik. Ia dianggap antara laluan pengangkutan antarabangsa yang paling penting.
-- BERNAMA