Trump akhiri tradisi iftar bersama umat Islam
Astro Awani
Jun 26, 2017 20:44 MYT
Jun 26, 2017 20:44 MYT
PRESIDEN Amerika Syarikat ke-45, Donald Trump melanggar tradisi kepimpinan White House dengan tidak menganjurkan majlis berbuka puasa atau iftar untuk warga Islam di negara kuasa besar itu.
Sejak 20 tahun lalu, Presiden Amerika tidak pernah gagal menganjurkan acara tahunan berkenaan.
White House menganjurkan iftar sejak presiden Bill Clinton mentadbir.
Bagaimanapun, bagi tahun ini, Setiausaha Negara Rex Tillerson didakwa tidak melayan permohonan untuk penganjuran sebarang majlis iftar.
Pada Mei lalu, Tillerson menolak cadangan daripada Pejabat Hal Ehwal Agama dan Hubungan Global supaya acara sedemikian diadakan.
Trump dan kepimpinannya dikritik kerana pendirian retorik anti-Islamnya sejak beliau mengangkat sumpah pada Januari tahun ini selepas memenangi pilihan raya pada November 2016.
Sebelum ini, beliau pernah mengarahkan masjid-masjid di Amerika dipantau atas faktor keselamatan.
Pengajuran kali pertama iftar di White House untuk warga Tunisia dihoskan Presiden Thomas Jefferson pada tahun 1805.
Ia digerakkan semula oleh Hillary Clinton pada 1996 semasa beiau menjadi wanita pertama, sebelum ia terus kekal sebagai acara tahunan sejak 1999, dengan dihadiri pemimpin Islam terkemuka Amerika dan diplomat.