Tren MRT Singapura berlanggar, 23 cedera

Bernama
November 15, 2017 12:14 MYT
SCDF berkata 23 penumpang yang cedera telah dibawa ke hospital, kebanyakannya mengalami kecederaan ringan. - Foto Reuters
Sebuah tren SMRT bertembung dengan sebuah kereta api yang tidak bergerak di stesen MRT Joo Koon pagi ini, kata Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).
Menurut SCDF, ia dimaklumkan mengenai insiden itu pada kira-kira 8.33 pagi.
"Sumber SCDF kini berada di tempat kejadian bagi merawat mereka yang cedera," menurut pasukan itu dalam catatan terkini mengenai insiden itu di laman Facebook.
SCDF berkata 23 penumpang yang cedera telah dibawa ke hospital, kebanyakannya mengalami kecederaan ringan.
MRT Joo Koon berada di Laluan Timur-Barat.
-- BERNAMA
#API #cedera #Facebook #kereta #MRT #Singapura
;