Tren komuter rempuh stesen New Jersey: Tiga penumpang maut, ratusan tercedera
Agensi
September 29, 2016 22:10 MYT
September 29, 2016 22:10 MYT
Tiga penumpang dilaporkan maut dan ratusan tercedera selepas sebuah tren komuter berlanggar dan merempuh stesen Hoboken di New Jersey awal pagi Khamis.
Lebih seratus tercedera, termasuk jurutera yang sedang menjalankan tugas, lapor agensi berita ABC News.
Beberapa imej dimuat naik di media sosial mempamerkan kerosakan di stesen keretapi, sebuah stesen transit utama dan bahagian bumbung ranap.
Sebuah stesen radio melaporkan tren komuter itu melanggar dan merempuh penghadang tiket dan terus meluncur masuk ke kawasan lobi.
Hoboken terletak kita-kira tujuh batu dari bandar New York dan stesen tersebut digunakan dengan frekuensi tinggi oleh penduduk bandar raya itu untuk ke Manhattan.
New Jersey Transit melaporkan, stesen Hoboken ditutup dari beroperasi buat sementara waktu.