Trauma akibat keganasan senjata api meningkat di AS - Media

Bernama
April 19, 2023 05:00 MYT
Insiden tembakan telah meningkat di Amerika Syarikat, dengan sekurang-kurangnya 162 kes dilaporkan pada 2023. - Gambar hiasan
NEW YORK: Terdapat bukti bahawa trauma keganasan senjata api di Amerika Syarikat telah menjejaskan kesihatan mental negara secara kolektif, memandangkan semakin banyak mangsa kejadian tembakan besar-besaran, lapor Xinhua memetik laporan CNN Isnin.
"Penyelidikan yang diterbitkan tahun ini menunjukkan bahawa kesan negatif yang boleh dialami mangsa terselamat dan komuniti yang terjejas secara langsung terhadap kesihatan mental hasil insiden tembakan besar-besaran," menurut laporan itu.
Sebagai contoh, pada hari-hari selepas insiden tembakan di sekolah di Uvalde, Texas pada bulan Mei, talian krisis kesihatan mental menerima lonjakan mesej yang merujuk senjata api dan istilah berkaitan senjata api lain yang berkaitan, menurut kajian yang dibiayai oleh Pusat Penyakit Kawalan dan Pencegahan AS.
Insiden tembakan telah meningkat di Amerika Syarikat, dengan sekurang-kurangnya 162 kes telah dilaporkan pada 2023.
"Kekerapan keganasan senjata api bermakna semakin ramai orang terjejas secara langsung, dan orang awam kerap terdedah kepada kesan tidak langsung," kata laporan itu.
-- BERNAMA
#Amerika Syarikat #kesihatan mental #trauma #senjata api
;