Trak rempuh pasar Krismas di Berlin, 12 maut

Agensi
Disember 19, 2016 07:23 MYT
Sehingga kini lebih 50 orang dilaporkan cedera termasuk ada yang turut dilaporan kritikal. - REUTERS/Fabrizio Bensch
Dua belas orang terbunuh apabila sebuah trak merempuh sebuah pasar Krismas di tengah bandar raya Berlin, Jerman.
Sehingga kini lebih 50 orang dilaporkan cedera termasuk ada yang turut dilaporan kritikal.
Polis menahan pemandu trak berkenaan namun kelindan trak itu mati di dalam rempuhan.
Pihak polis juga menggesa penduduk di sekitar Berlin untuk berlindung di rumah masing-masing.
Dalam masa yang sama, polis turut memuat naik status di Twitter yang menyatakan tiada situasi bahaya lain dijangka di kawasan berkenaan.
Kawasan rempuhan sesak dengan orang ramai yang membuat persiapan untuk perayaan Krismas.
#Berlin #Jerman #pasar Krismas #rempuh #trak
;