Trak rempuh bas mini, 10 penumpang terbunuh
Astro Awani
Ogos 10, 2021 09:37 MYT
Ogos 10, 2021 09:37 MYT
ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya 10 penumpang bas mini maut apabila kenderaan dinaiki mereka dirempuh sebuah trak di lebuh raya di timur Pakistan pada Ahad.
Kebakaran tercetus akibat kebocoran gas dan litar pintas pada bas mini tersebut menyebabkan ramai mangsa gagal menyelamatkan diri dan terbunuh dalam nahas itu.
Enam penumpang dilapor cedera, manakala beberapa lagi mangsa berada dalam keadaan kritikal di sebuah hospital, lapor Washington Post.
Menurut kenyataan pihak berkuasa, kemalangan itu berlaku pada lewat malam Ahad di daerah Gujranwala di wilayah Punjab, Pakistan.
Bas mini tersebut dilapor dalam perjalanan dari Rawalpindi ke Lahore sebelum dirempuh.
Kecuaian dipercayai berpunca daripada pemandu trak namun polis masih menjalankan siasatan lanjut.
#kemalangan
#trak rempuh bas mini
#10 penumpang maut
#Gujranwala
#Punjab
#kebocoran gas
#litar pintas
#Lahore
#Rawalpindi