Trak hancur dirempuh kereta api selepas terkandas di tengah landasan

Agensi
April 3, 2018 10:26 MYT
Trak tersebut gagal melintasi landasan ketika kereta api tersebut melalui laluan itu - Foto AFP
Sebuah video yang tersebar dan tular di laman sosial yang menunjukkan sebuah trak hancur dirempuh oleh kereta api di Georgia, Amerika Syarikat pada Jumaat.
Insiden tersebut berjaya dirakam oleh kamera papan pemuka kenderaan yang berada bertentangan dengan laluan trak malang itu.
Visual tersebut menunjukkan trak berkenaan gagal melepasi landasan dan palang keselamatan laluan berkenaan yang ditutup sejurus trak berkenaan betul-betul berada di tengah landasan.
Bagaimanapun pemandu trak berkenaan bernasib baik dan sempat bertindak pantas dengan melompat keluar dari kenderaan tersebut sejurus sebelum kereta api berkenaan merempuh traknya.
Menurut pihak berkuasa pemandu trak dan krew kereta api berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.
#Amerika Syarikat #API #hancur #kereta #keselamatan #rempuh #video
;