Trak dinaiki terbalik, 19 pendatang terbunuh
Agensi
Februari 14, 2018 07:56 MYT
Februari 14, 2018 07:56 MYT
Sekurang-kurangnya 19 pendatang terbunuh dan 60 lagi cedera apabila trak yang dinaiki mereka terbalik berhampiran bandar Libya Bani Walid, 180 kilometer tenggara Tripoli.
Lebih 200 pendatang -- kebanyakannya dari Eritrea, Somalia dan Sudan -- berada di dalam trak itu pada awal pagi Rabu.
Kebanyakan mangsa dikejarkan ke Hospital Umum Beni Walid dan pihak hospital mengesahkan empat daripada mereka berada dalam keadaan kritikal dan dipindahkan ke hospital di Tripoli kerana kekurangan perkhidmatan kecemasan perubatan.
Aliran pendatang di seluruh Libya ke arah Eropah tidak berhenti walaupun cubaan pasukan antarabangsa dan tempatan bertungkus lumus untuk mengurangkan aktiviti pencerobohan menerusi jalan darat dan laut.