Tragedi Uttarakhand: Hishamuddin ucap takziah kepada keluarga mangsa, kerajaan India

Afiezy Azaman
Februari 9, 2021 01:59 MYT
Hishammuddin menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan menyatakan keprihatinan terhadap kerajaan dan rakyat India. -Gambar fail
MALAYSIA berduka cita terhadap tragedi glasier pecah di Himalaya sehingga mengakibatkan kematian di negeri Uttarakhand, India.
Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan menyatakan keprihatinan terhadap kerajaan dan rakyat India.

Saddened by #Uttarakhand tragedy which caused loss of lives, injuries & destruction. Condolences to the families of the victims. Our thoughts are with the Gov & people of . We pray for recovery of the injured & for those missing to reunite with their families. @DrSJaishankar

— Hishammuddin Hussein (@HishammuddinH2O) February 9, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Kami mendoakan pemulihan kepada yang mengalami kecederaan dan bagi mereka yang hilang untuk bersatu semula dengan keluarga mereka," katanya melalui ciapan Twitter, pada Selasa.
Terdahulu, dalam kejadian pada Isnin glasiar pecah itu menyebabkan aliran air merempuh ke sungai mengakibatkan gelombang besar dan menjejaskan kekuatan empangan.
Aliran air yang laju dan kuat memusnahkan jambatan dan jalan raya di negeri Uttarakhand.
Media tempatan melaporkan kira-kira 150 pekerja di loji jana kuasa dikhuatiri maut.
Agensi penyelamat memindahkan penduduk kampung dan cuba memasuki terowong yang terkambus kerana ada pekerja di dalamnya.
#Hishammuddin Hussein #Uttarakhand #glasier #ucap takziah #empangan #loji jana kuasa