Tragedi Sri Lanka: Angka kematian meningkat kepada 100
Agensi
April 21, 2019 14:43 MYT
April 21, 2019 14:43 MYT
Angka kematian akibat letupan di gereja dan hotel di Colombo, Sri Lanka meningkat kepada 100, manakala jumlah mangsa yang cedera pula meningkat kepada 400.
Beberapa letupan telah berlaku di tiga gereja dan tiga hotel di Sri Lanka pada Ahad ketika sambutan Hari Easter.
Hotel dan salah sebuah gereja tersebut berada di Colombo, manakala sebuah lagi gereja terletak di Negombo, utara bandar berkenaan.
Sumber polis memaklumkan, salah satu letupan tersebut berlaku di Gereja St Anthony di Kochcikade.
Angka tersebut dijangka akan terus meningkat dari semasa ke semasa selepas pihak berkuasa mengemaskini jumlah terkini mereka yang terlibat.