Tragedi Sri Lanka: Amaran awal diberi 10 hari lalu, namun tidak dihirau - Menteri

Astro Awani
April 21, 2019 06:25 MYT
Polis sedang menyiasat lokasi serangan di sebuah gereja di Negombo. -Reuters
Pegawai atasan risikan Sri Lanka didakwa telah mengetahui terlebih dahulu tentang serangan pada Ahad namun tidak menghiraukannya.
Menteri Telekomunikasi Sri Lanka, Harin Fernando mendakwa pegawai risikan menyedari mengenai amaran serangan itu namun tindakan lewat diambil.
Dalam tweetnya semalam, beliau turut menyertakan memo amaran tersebut yang jelas memaklumkan mengenai serangan yang bakal dilancar.
Memo bertarikh 11 April itu ditandatangani Timbalan Ketua Polis Sri Lanka yang turut meminta tahap keselamatan dipertingkat.

Some intelligence officers were aware of this incidence. Therefore there was a delay in action. What my father heard was also from an intelligence officer. Serious action need to be taken as to why this warning was ignored. I was in Badulla last night pic.twitter.com/ssJyItJF1x

— Harin Fernando (@fernandoharin) April 21, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Beliau menggesa tindakan segera diambil mengenai mengapa amaran serangan berkenaan tidak dihiraukan.
Sementara itu, Perdana Menteri Sri Lanka Ranil Wickremesinghe dalam sidang media mengesahkan terdapat maklumat mengenai ancaman serangan yang berlaku pada Ahad.
Bagaimanapun, beliau menyatakan maklumat berkenaan tidak disampaikan kepadanya dan ia merupakan satu isu yang perlu dilihat.
“Ketika ini, keutamaan adalah untuk menangkap penyerang yang terlibat,” kata beliau.
#Harin Fernando #memo amaran #pegawai atasan risikan #tragedi Sri Lanka
;