Tragedi Sri Lanka: Akses media sosial disekat, elak penularan maklumat palsu
Astro Awani
April 22, 2019 08:16 MYT
April 22, 2019 08:16 MYT
Kerajaan Sri Lanka umum sekatan terhadap aplikasi media sosial selepas peristiwa pengeboman terancang pada Ahad.
Rakyat negara itu dihalang daripada mengakses Facebook, Whatsapp, Instagram, YouTube, Snapchat dan Viber, antara aplikasi media sosial yang disekat.
Pegawai kerajaan memaklumkan kepada wartawan bahawa sekatan itu dibuat bagi mengelak maklumat palsu dan khabar angin tersebar.
Ia turut dilakukan bagi mengelak penyebaran kenyataan berbaur kebencian yang boleh menimbulkan lebih banyak unsur keganasan.
Bagaimanapun tindakan itu mengundang permasalahan kepada badan sukarelawan yang memberi bantuan kepada mangsa selain rakyat negara itu yang sukar mendapatkan berita mengenai keluarga dan rakan susulan kejadian.
Kali terakhir Sri Lanka membuat sekatan terhadap media sosial adalah pada Mac 2018 ketika keganasan tercetus di negara itu.
#akses disekat
#elak penyebaran kenyataan berbaur kebencian
#Facebook
#Instagram
#media sosial
#tragedi Sri Lanka
#WhatsApp
#YouTube