Tragedi Sri Lanka: 138 maut, Malaysia kemas kini perincian mangsa

Harits Asyraf Hasnan
April 21, 2019 15:16 MYT
Setakat ini, sekurang-kurangnya 138 terkorban sementara lebih 400 lagi cedera dalam siri serangan bom di tiga buah gereja dan tiga buah hotel di Colombo. - Foto REUTERS
Suruhanjaya Tinggi Malaysia ke Sri Lanka sedang mengemaskini dan mendapatkan perincian mangsa akibat serangan siri letupan di Colombo.
Pesuruhjaya Tingginya, Tan Yang Thai berkata pihaknya sedang memastikan sekiranya ada rakyat Malaysia yang terlibat dalam insiden tersebut.
"Rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Kedutaan dalam lingkungan 100 hingga 150 orang.
"Setakat ini kita tidak dapat apa-apa laporan. Bagaimanapun, kita tidak tahu berkenaan pelawat-pelawat yang tinggal di hotel tersebut," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
BACA: Tragedi Sri Lanka: Angka kematian meningkat kepada 100
Setakat ini, sekurang-kurangnya 138 terkorban sementara lebih 400 lagi cedera dalam siri serangan bom di tiga buah gereja dan tiga buah hotel di Colombo.
Justeru, mana-mana rakyat Malaysia di Sri Lanka yang memerlukan bantuan, sila hubungi nombor tertera:
+94763988777
+94766774445
+94117557711/2/3
#letupan di gereja dan hotel #rakyat Malaysia di Sri Lanka #siri letupan di Colombo #Suruhanjaya Tinggi Malaysia ke Sri Lanka #Tan Yang Thai #tragedi Sri Lanka
;