Tragedi solat Jumaat: NZ$1.3 juta bantu keluarga mangsa serangan Christchurch
Ian Johan Ariff
Mac 16, 2019 06:53 MYT
Mac 16, 2019 06:53 MYT
ORANG ramai dari seluruh dunia bersolidariti untuk membantu keluarga mangsa tragedi serangan pengganas di masjid di New Zealand pada Jumaat.
Menerusi kempen yang diusahakan Masjid At Taqwa dan New Zealand Islamic Info Centre, lebih NZ$1.3 juta (kira-kira RM3.65) sudah dikumpulkan menerusi laman web crowdfunding, Launch Good.
Setakat petang Sabtu, lebih 24,794 orang menyokong usaha ini di laman web Launch Good termasuk dari Malaysia, Jerman, United Kingdom, Amerika Syarikat, Switzerland, Australia, Thailand, Arab Saudi, Belgium, Emiriyah Arab Bersatu dan Perancis.
Setakat ini, serangan di Masjid Al-Noor dan Masjid Linwood di Christchurch mengorbankan 50 nyawa dengan 50 yang lain cedera.
Kejadian tembakan berlaku pada jam 1.40 tengah hari Jumaat (waktu tempatan).
#bantu keluarga mangsa
#Christchurch
#Masjid Al Noor
#Masjid At Taqwa
#Masjid Linwood
#New Zealand
#New Zealand Islamic Info Centre
#serangan pengganas
#terrorist
#Tragedi Solat Jumaat