Tragedi Solat Jumaat: Malaysia mahu pengganas diheret ke muka pengadilan
Astro Awani
Mac 15, 2019 15:27 MYT
Mac 15, 2019 15:27 MYT
Malaysia mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pengganas yang meragut nyawa awam dalam serangan masjid di Christchurch, New Zealand.
Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berharap pihak yang bertanggungjawab terhadap tindakan tidak bertamadun ini diheret ke muka pengadilan.
Pengganas merupakan individu berkulit putih, kelahiran Australia bertindak menggila dan melakukan pembunuhan beramai-ramai dengan melepaskan tembakan terhadap semua jemaah di dalam masjid.
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Wellington bersedia talian hotline untuk pengurusan berkaitan rakyat Malaysia di sana:
- Alamat: 10 Washington Avenue, Brooklyn, P.O. Box 9422, Wellington 6021, New Zealand
- No Telefon: 00-64-210440188/00-64-4385 2439/00-64-4801 5659
- Email: mwwellington.kln@1govuc.gov.my & mwwelton@xtra.co.nz
#Hubungi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia New Zealand
#Malaysian Christchurch
#Rakyat Malaysia cedera Serangan Christchurch
#Serangan Pengganas Masjid Christchurch New Zealand
#Tembakan Rambang Masjid Christchurch
#Terrorist attack New Zealand