Tragedi solat Jumaat Christchurch: Rahimi selamat selepas pura-pura mati

Isabelle Leong
Mac 15, 2019 19:13 MYT
Rahimi bersama keluarganya. -Facebook/RahimiAhmad
RAKYAT Malaysia, Rahimi Ahmad yang dikatakan hilang selepas terlibat dalam insiden tembakan rambang di sebuah masjid di Christchurch, New Zealand dilaporkan selamat.
Menurut rakan Rahimi yang tidak ingin dikenali, Rahimi hanya mengalami kecederaan selepas berpura-pura mati ketika pengganas melepaskan tembakan di dalam ruang Masjid Al Noor.
“Rahimi tercedera tetapi dia berpura-pura mati,” kata rakannya.
Terdahulu, isteri Rahimi yang hanya dikenali sebagai Azila berkata kepada media tempatan bahawa kelibat Rahimi tidak kelihatan susulan tragedi.
BACA: Tragedi solat Jumaat: Tun M, Erdogan, Imran Khan kutuk tembakan rambang di masjid
BACA: Tragedi solat Jumaat: "Saya hanya mampu berdoa semoga suami saya selamat"
BACA: Tragedi solat Jumaat: Seorang warga Malaysia cedera, terima rawatan di Hospital Christchurch
Rahimi yang berasal dari Pulau Pinang bersama-sama keluarganya telah menetap di Christchurch selama lima tahun.
#Christchurch #Masjid Al Noor #New Zealand #pengganas #pura-pura mati #Rahimi Ahmad #tembakan rambang #Tragedi Solat Jumaat Christchurch
;