Tragedi pelanggaran bot Hungary, perbicaraan kapten kapal bermula
Astro Awani
Mac 12, 2020 09:38 MYT
Mac 12, 2020 09:38 MYT
Prosiding pendakwaan terhadap kapten kapal persiaran yang dituduh menyebabkan kematian 27 penumpang dalam pelanggaran dengan bot pelancong pada Mei 2019 di Sungai Danube bermula di Hungary pada Rabu.
Yuriy Chaplinsky, warga Ukraine, didakwa dengan tuduhan membahayakan aliran trafik di air dan gagal memberikan bantuan.
Chaplinsky menafikan bertanggungjawab dan menolak tawaran pendakwa raya untuk tempoh penjara sembilan tahun dan larangan mengemudi kapal jika mengaku bersalah.
Pendakwa raya berkata, kapten berusia 64 tahun itu cuai selama lima minit dalam tugasnya ketika mengemudi kapal persiaran Viking Sigyn sehingga berlaku pelanggaran dengan bot pelancong.
Dalam insiden itu, hanya tujuh penumpang yang dilanggar kapal persiaran dikemudi Chaplinsky selamat, manakala selebihnya maut akibat lemas.
Kebanyak mangsa korban adalah warga Korea Selatan, sementara dua kru bot adalah warga Hungary.
Perbicaraan disambung 30 April.
#bot
#bot pelancong
#cuai
#Hungary
#kapal persiaran
#kapten kapal
#lemas
#maut
#membahayakan aliran trafik
#pelanggaran
#Ukraine
#Viking Sigyn
#Yuriy Chaplinsky