Tragedi helikopter terhempas di Houston, beberapa mangsa termasuk kanak-kanak terkorban

Bernama
Oktober 21, 2024 19:15 MYT
Beberapa mangsa termasuk seorang kanak-kanak disahkan terkorban dalam insiden helikopter terhempas di menara radio di Houston pada malam Ahad. - Foto X/@HoustonFire
WASHINGTON: Beberapa mangsa termasuk seorang kanak-kanak disahkan terkorban dalam insiden helikopter terhempas di menara radio di Houston pada malam Ahad, lapor United Press International (UPI) memetik kenyataan pihak berkuasa.
Kejadian berlaku sekitar 8 malam waktu tempatan berhampiran persimpangan Engelke Street dan North Ennis Street di Houston.
Datuk Bandar John Whitmire dalam sidang media memaklumkan bahawa insiden itu disaksikan oleh anggota bomba tempatan yang segera bergegas ke lokasi kejadian.
Pihak berkuasa mengesahkan bahawa terdapat empat individu di dalam pesawat itu, namun tidak memberikan angka korban yang tepat dan hanya mengesahkan beberapa orang terbunuh termasuk seorang kanak-kanak.
-- BERNAMA
#helikopter terhempas #menara radio #Houston #Engelke Street
;