Tragedi 9/11: Biden lanjutkan status darurat kebangsaan
Bernama
September 8, 2023 15:05 MYT
September 8, 2023 15:05 MYT
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Joe Biden melanjutkan status darurat kebangsaan berkaitan serangan pengganas pada 11 September 2001 untuk tempoh setahun lagi, lapor Sputnik.
"Dengan ini, saya melanjutkan selama satu tahun lagi tempoh darurat negara yang diisytiharkan sebelum ini pada 14 Sept 2001, dalam Proklamasi 7463, berkenaan serangan pengganas pada 11 Sept 2001, dan ancaman berterusan dan serangan selanjutnya ke atas Amerika Syarikat," ata Biden dalam satu notis pada Khamis.
Beliau juga melanjutkan status darurat kebangsaan berkaitan individu yang melakukan, mengancam untuk melakukan, atau menyokong keganasan selama setahun lagi.
Biden berkata krisis yang disebabkan oleh serangan pengganas hingga membawa kepada pengisytiharan darurat belum diselesaikan, dan terus menimbulkan "ancaman luar biasa" kepada keselamatan negara AS.
-- BERNAMA