Tragedi 11 September, mangsa ke 1,641 dikenal pasti

Bernama
Ogos 8, 2017 15:07 MYT
Seorang ahli keluarga mangsa meletakkan bunga pada satu majlis memperingati kejadian 11 September di New York, Amerika Syarikat. REUTERS / Fail
Pejabat Pemeriksaan Perubatan New York semalam, mengumumkan mayat ke 1,641 daripada 2,753 mangsa korban tragedi 11 September telah dikenal pasti, lapor agensi berita China Xinhua.
Identiti mayat lelaki itu, bagaimanapun tidak didedahkan atas permintaan keluarga.
Mayat dikenal pasti melalui ujian semula sampel DNA yang ditemui di lokasi kejadian dan seramai 1,112 baki mayat masih menunggu menjalani proses ujian.
Serangan pada 2001 itu, menyebabkan Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York, Amerika Syarikat ranap selepas dirempuh sebuah pesawat penumpang Boeing 767.
Kejadian didakwa didalangi kumpulan militan Al-Qaeda.
-- BERNAMA
#11 September #Boeing #mangsa #New York #Pejabat Pemeriksaan Perubatan #Pusat Dagangan Dunia #serangan
;