Tony Abbott angkat sumpah sebagai PM Australia

Astro Awani
September 18, 2013 16:23 MYT
Tony Abbott mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Australia yang baru dan sekali gus secara rasmi menamatkan pentadbiran enam tahun Parti Buruh di negara itu.
Beliau mengangkat sumpah jawatan di rumah kerajaan di Canberra di depan Gebenor Besar, Quentin Bryce.
Pemimpin berusia 55 tahun mewakili perikatan Liberal-Nasional bagi membentuk kerajaan baru.
Abbott mencatat kemenangan mudah dalam pilihan raya umum Australia 7 September lalu.
Sejurus pengumuman kemenangannya, Abbott berikrar mengembalikan kestabilan politik, mengurangkan cukai serta menyelesaikan masalah pemohon suaka.
#Perdana Menteri Australia #Tony Abbott
;