Tonga dilanda tsunami selepas letusan gunung berapi

Agensi
Januari 15, 2022 19:34 MYT
Menurut Biro Meteorologi Australia, gelombang ombak besar setinggi 1.2 meter dikesan di ibu negara Nukualofa pada jam 3.30 petang Sabtu waktu tempatan.
TONGA dilanda ombak besar susulan letusan gunung berapi bawah laut yang mencetuskan amaran tsunami kedua di negara itu dalam tempoh beberapa hari.
Menurut Biro Meteorologi Australia, gelombang ombak besar setinggi 1.2 meter dikesan di ibu negara Nuku’alofa pada jam 3.30 petang Sabtu waktu tempatan.
Beberapa rakaman video yang dimuat naik di sosial menunjukkan penduduk bergegas menyelamatkan diri ke kawasan tinggi susulan letusan gunung berapi Hunga Tonga-Hunga Ha’apai.

No #tsunami threat to Australia from volcanic eruption near TONGA ISLANDS. A 1.2 metre tsunami wave has been obsereved at Nuku Alofa in Tonga at 3:30 PM AEDT. We will continue to monitor the situation. Latest advice at https://t.co/Tynv3ZQpEq. pic.twitter.com/HZLFBNRwZk

— Bureau of Meteorology, Australia (@BOM_au) January 15, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Manakala di Fiji, kerajaan turut mengeluarkan amaran waspada tsunami serta membuka beberapa pusat pemindahan sementara buat penduduk di kawasan rendah.
Di New Zealand pula, lebih 2,300 kilometer dari gunung berapi tersebut, pihak berkuasa juga memberi amaran cuaca buruk akibat letusan itu.
Tentera New Zealand berkata, pihaknya memantau situasi semasa dan bersedia untuk mengerahkan anggotanya ke Tonga sekiranya perlu.
#Tonga #tsunami #letusan #gunung berapi
;